CoOLest Girl ^^

captured in a light heart to share every moments i take . :)

Feb 15, 2010

Suara Siswa..

Sekarang ni,aku ada banyak ilham dan cerita yang aku nak postkan dalam blog aku ni..
First sekali,aku nak cerita pasal semalam yang tak sempat aku nk tulis kerana keletihan menemani ibu saudaraku yang ber'shopping' sakan kat Taiping sampaikan aku tertidur awal..
Malam semalam pada tepat pukul 10 p.m,aku menukarkan saluran tv aku dari tv3 ke rtm1 sebab aku nak tengok program favourite aku setiap hari selasa iaitu SUARA SISWA yang dimana pengacaranya ialah Dr.Fazley yang juga seorang mahasiswa yang berjaya dan juga penyanyi yang berbakat besar(berapa banyak yang yang ada kat situ)..

Program ni memang aku sukalah bukan sebab pengacaranya(yang memang aku minat) tapi sebab aku suka mendengar hujah-hujah dan pandangan daripada mahasiswa dan mahasiswi tentang tajuk-tajuk yang diberi setiap minggu..
Semalam,tajuk kupasannya ialah tentang "Jurusan Pinggiran Hati"..
Maksud "Jurusan Pinggiran Hati" ini ialah seorang pelajar yang mempelajari bidang atau course yang bukan pilihan atau minatnya disebabkan pilihan parents diorang ataupun tidak mempunyai pilihan lain..

Pada pandangan aku dan bagi diri aku sendirilah,kalau aku nak memilih jurusan,aku lebih suka bertanya pendapat parents aku sendiri sebab bagi aku,"Parents know what is the best for me"..
Selalunya,pilihan parents yang terbaik..
Memanglah pada permulaannya,kita tak minat dan tak biasa tapi percayalah pada lastnya kita akan terbiasa dan lebih berminat untuk mempelajarinya..
Tapi itu semua adalah dari pandangan aku je..
Aku tak tahulah pandangan korang macam mana pulak..
Tapi aku tertarik dengan pandangan salah seorang panel semalam..
Seorang mahasiswa yang aku tak ingat namanya tapi tak silap aku nama dia Zaim(pandai2 je)..
Fuh..hujah dia memang tepat,padat dan ringkas betullah..
Memang simple gila dia punya hujah tu tapi penuh dengan isi-isi yang menarik dan dia jugak banyak menggunakan anologi-anologi yang mudah dan cepat..
Aku memang tabik spring betullah kat dia..terima kasih banyak-banyak yerk abang di atas hujah yang begitu menarik tu..!!!
Kepada kawan-kawanku,korang trylah tengok program SUARA SISWA ni,memang best dowh..serious tak tipu..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home