CoOLest Girl ^^

captured in a light heart to share every moments i take . :)

Feb 15, 2010

1001 coretanku..

Tak sangka betul rasenye aku merindui Seratas cuti akhir tahun ni..
Tak pernah dibuat aku untuk rindukan sekolah waktu cuti walaupun sekolah rendah yang banyak menyimpan kenangan aku kat sane..
Tetapi..entahlah..sejak naik ke sekolah menengah ni tetiba je perasaan rindu kat sekolah ni muncul..
Ermm..tak sabar rasenye nak pulang ke sekolah pada tahun 2010 ni..
Masa kat rumah aku rindukan Seratas..
Tapi bila aku kat Seratas,aku akan rindukan rumah..
Itulah lumrahnya hidup sebagai seorang pelajar sekolah berasrama penuh..
Semestinya tahun depan aku akan digelar kakak sebab aku akan menjadi senior kepada budak-budak form 1 yang akan masuk tahun depan..macam mane la yerk..
Tapi mesti tahun dpan jugak terasa sunyi dan boring sebab senior-senior tahun 2009 dah meninggalkn Seratas..
Walaupun aku ni taklah serapat mana dengan kakak-kakak form 5 termasuklah kakak dorm aku(maklumlah budak yang pendiam la dikatekan),tapi entah la aku rase form 5 tahun 2009 yg the best..aku harap kalau diberikan kesempatan satu hari nanti,aku nak jumpa dengan diorang semua..AMIN..
Aku ingat lagi waktu first time aku melangkahkan kaki ke bumi Seratas ni,excited betul time tu(jadi budak SBP la katekn)..
Tapi malam tu mase nk tidur,tetiba je aku menangis sebab teringatkan rumah..
Semenjak itulah bermulanye perasaan 'homesick' menyelubungi diriku ini..
Sampai aku boleh menubuhkan satu persatuan yang dinamakan 'PERSATUAN HOMESICK SERATAS'(lebih kurang tu lah namanye) yang turut disertai sahabat-sahabatku yang lebih kurang sama dengan aku..
Pernah satu hari tu aku dengan tak de perasaan malunye time tu menangis dengan penuh feelingnye di dlam kelas 1 Kejora..sampai seorang budak lelaki tengok aku menangis..aku buat tak kisah je..
Tapi nak buat macam mane kn perasaan tu muncul secara tetiba je..waktu tu,aku dah betul-betul nekad untuk keluar dari Seratas ni..
Tapi akhirnya....aku tetap kekal di sini..di Seratas..aku betul-betul bersyukur kerana aku diberi petunjuk oleh Allah..alhamdulillah..
Tetapi sedihnye seorang ahli persatuan aku telah keluar dari Seratas ni dan ahli-ahli persatuan aku yang lain alhamdulillah masih stay..
Sekarang,barulah aku sedar betapanya ruginye aku kalau aku keluar dari Seratas ni kan sebab di sinilah bermula segalanye..
Nanti bila aku dah Form 5(kalau masih kekal di Seratas ataupun masih bernyawa),aku mesti sedih untuk meninggalkan Seratas kerana Seratas is the best..!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home