CoOLest Girl ^^

captured in a light heart to share every moments i take . :)

Feb 12, 2010

Key of friendship

Setiap sahabat ingin meningkatkan hubungan dengan sahabat masing-masing bukan..
Kat sini ada tiga kunci persahabatan yang mampu untuk membantu kita bergaul akrab dengan setiap orang..bacalah..

1.Pertama,kita harus menjadi ''cepat mendengar''.Cuba fikirkan berapa kerap kita benar-benar mendengar dari sahabat kita?tidak ada bukan?kita lebih sibuk memikirkan apa yang ingin kita katakan dan hanya berpura-pura mendengar sahabat kita.Jadi bagaimana untuk benar-benar menjadi pendengar yang baik?Berikut adalah perkara yang boleh dipraktikkan:
~ikhlas bila berhadapan dengan sahabat.
~gali sifat ingin tahu tentang mereka.
~jangan terlalu fokus pada diri kita setiap masa sehingga membuatkan kita terlupa untuk memberi perhatian pada apa yang menarik minat mereka.
~memandang tepat pada mata orang yang sedang berbicara dengan kita.
~menerima pandangan teman kita dengan hati yang terbuka.

2.Keduanya,kita harus "kawal diri dalam berbicara''.Bukan semua sahabat kita yang berani untuk bersikap terbuka dengan berterus-terang tidak selesa apabila hanya kita sahaja yang berbicara sedangkan mereka tidak memiliki waktu untuk bicara.Jadi faham-fahamlah sendiri,biarpun kita terlalu teruja untuk bercerita namun berhentilah untuk seminit dua untuk memberi peluang orang lain untuk bercakap.

3.Ketiga,kita harus kawal diri untuk marah.Manusia mempunyai cita rasa serta kesukaan yang berbeza.Jadi mungkin kerana perbezaan tersebut ia boleh mencetuskan perbalahan pendapat.Namun,dalam persahabatan perkara inilah yang harus kita lawan iaitu sentiasa pastikan kita dapat mengawal diri agar tidak cepat melenting.Percayalah,tidak ada yang lebih cepat menghentikan komunikasi selain dari kemarahan.Menggali cinta dan minat yang tulus pada orang lain dapat membantu kita menghindari kemarahan.

Haa..macam mana dengan ketiga-tiga kunci persahabatan tadi..
Janganlah korang baca sahaja,mestilah praktik dan TRY..ok..?!?
Marilah kita sama-sama mengeratkan hubungan dengan sahabat kita..AMIN..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home